Tangan-tangan Berdarah di Gaza

ISBN: 9789670037981
Checking local availability
RM80.00
Product Details

Publisher,IBDE
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 853 g
No. of Pages, 480

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / SEJARAH & POLITIK / SEJARAH (UMUM)

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

"Buku ini bukan tentang Gaza. Buku ini tentang apa yang telah dilakukan terhadap Gaza."

Apa yang berlaku di Gaza? dan mengapa Israel berani menjarah nyawa-nyawa tidak bersalah secara terang-terangan? Dalam buku ini, sarjana dan aktivis kemanusiaan, Norman G. Finkelstein, meneliti tiga serangan besar: Cast Lead, Pillar of Defense dan Protective Edge sekaligus membongkar bagaimana Gaza dihancurkan secara tersusun. Berdasarkan puluhan laporan hak asasi manusia dan fakta-fakta sahih, pengarang membuktikan bahawa serangan- serangan ini bukan hanya pertahanan diri, tetapi pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa.

Pengarang juga mendedahkan, institusi-institusi terkemuka seperti Amnesty International dan Human Rights Watch yang diharapkan melindungi, sebaliknya gagal menghentikan pembunuhan beramai-ramai warga Gaza. Lewat analisis tajam dan berani, Norman G. Finkelstein menyusun semula naratif yang telah diputarbelitkan media dan kuasa besar, menjadikan Tangan-tangan Berdarah di Gaza bukan sekadar buku, tetapi sebuah karya yang penuh kemarahan, kasih, dan keberanian untuk mereka yang tidak mampu bersuara.