Tanpa Prejudis

Checking local availability
RM68.00
Product Details

Publisher,Ilham Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar hari ini, Tanpa Prejudis tampil sebagai sebuah karya jujur yang lahir daripada pengalaman panjang dalam perkhidmatan awam, dunia guaman, sektor swasta, korporat dan kehakiman. Dengan berbekalkan lebih setengah abad ilmu, pengamatan dan perjalanan hidup; penulis membawa pembaca menelusuri akar permasalahan pendidikan, ekonomi, politik, kehakiman, dan nasib bangsa Melayu dibentang dengan kejujuran tanpa prejudis.

Disulam dengan semangat cinta kepada negara dan keprihatinan terhadap masa depan generasi akan datang, buku ini bukan sekadar catatan pengalaman, tetapi sebuah seruan untuk berfikir semula, berani berubah, dan membina Malaysia yang lebih kuat dan bersatu. Tanpa Prejudis merupakan bacaan wajib untuk sesiapa yang mendambakan masa depan Malaysia yang lebih cerah—dengan keberanian, kejujuran, dan harapan.