Tanpamu Kurapuh

ISBN: 9789672902652
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 464

Kapsyen:

Satu janji yang mengikat kita untuk selamanya...

 

Blurb:

Hidup seorang wanita bernama Jass indah dan cukup segala, bagaikan seorang puteri lindungan bulan. Cantik dan manja, itulah dirinya. Sentiasa disayangi insan-insan di sekelilingnya.

 

Berbeza dengan hidup seorang lelaki bernama Jay, yang hanya ditemani nenek tercinta. Hidup di kampung yang serba sederhana, namun ia tetap indah buat dirinya.

 

Takdir menemukan Jass dan Jay dalam satu kehidupan yang sangat berbeza. Jay sebagai seorang tukang kebun manakala Jass pula anak majikannya. Beberapa insiden yang berlaku menerbitkan rasa sayang di hati Jay, namun rasa itu diusir jauh-jauh. Dia tidak layak untuk Jass.

 

Satu peristiwa pembunuhan telah merubah segala-galanya. Hidup Jass yang awalnya indah berubah 180 darjah apabila dia kehilangan papanya, Datuk Abdullah. Sekelip mata, Jass hilang semuanya. Tambah menakutkan apabila dia diburu oleh lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya dan dia juga disyaki membunuh Datuk Abdullah.

 

Bukan aku yang bunuh papa. Bukan aku, Jay. Bukan aku. Aku... aku diperangkap.” - Jass

“I trust you... Aku tahu bukan kau yang bunuh Datuk. - Jay

 

Hidup sebagai seorang pelarian rupanya tak semudah yang disangka. Semua itu menyedarkan Jass bahawa realiti kehidupan itu tidak seindah mimpi. Perit dan menyakitkan!

Saat Jass bergelut mencari sesuatu yang dinamakan kebenaran, Jay muncul menghulurkan tangan, lalu memberikan dia sinar harapan. Mempercayai dirinya di saat manusia lain mencurigainya.

 

“Kau adalah satu amanah untuk aku.” - Jay

“Aku... tak faham.” - Jass

“Kau akan faham satu hari nanti.” - Jay

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)