Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages,
Dengan rasa syukur kepada Allah, buku Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental ini kami dapat sempurnakan serta terbitkan buat bacaan para pembaca yang dikasihi. Buku ini sudah tentu sangat bernilai bagi mereka yang sedang mencari-cari informasi berkaitan penjagaan kesihatan gigi. Tidak terhenti setakat itu, buku ini turut disertakan amalan sunah serta saranan Rasulullah SAW dalam menjaga kebersihan gigi, seterusnya dilengkapkan dengan beberapa hukum hakam berkenaan rawatan moden yang menjadi persoalan ramai.
Para penulis cuba menyentuh soal merancang rawatan pergigian, seterusnya diakhiri dengan soal jawab fiqh pergigian yang diselitkan dengan sunah Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan gigi. Justeru, para pembaca bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri semata-mata bahkan dapat memelihara kebersihan diri mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan supaya bersih diri dan iman.
Buku ini sudah tentu sesuai dijadikan antara bahan bacaan utama, bukan sahaja disebabkan ditulis oleh golongan profesional yang berpengetahuan dalam bidang berkaitan, bahkan penulisan berkaitan kesihatan gigi ini sangat jarang beredar dalam bacaan masyarakat kita, biarpun tidak dinafikan kepentingannya dalam tradisi ilmu Islam
MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI
- Dilengkapkan dengan beberapa hukum-hakam berkenaan kaedah rawatan moden yang menjadi persoalan ramai.
- Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami meskipun kadang kala diselitkan dengan istilah sains dan fiqah.
- Kompilasi lebih 50 soal jawab persoalan pergigian yang sering menjadi tanda tanya.