Tarik Aku Ke Syurga (Novel Adaptasi)
Publisher,Metro Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 470 g
No. of Pages,
Disebabkan suatu rahsia tentang dirinya terbongkar, Zamri terdesak untuk meraih keampunan daripada Hajah Raudah. “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya.” – HAJAH RAUDAH
Zamri akhirnya terpaksa akur untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Zara, walau hatinya tidak pernah terbuka untuk insan bernama wanita.
Setelah bernikah, Zara tak pernah disentuh. Justeru itu, dia dapat merasakan keanehan pada sikap Zamri yang bagaikan tidak pernah memandangnya sebagaimana seorang suami memandang isterinya.
“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walaupun setelah tahu awak tak normal…” – ZARA
Namun hubungan mereka menjadi semakin sukar apabila Ricky yang berdendam, tidak mahu melepaskan Zamri.
“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.” – RICKY
Apakah kesudahan cerita mereka? Terlunaskah segala dendam? Atau adakah kesakitan yang dibawa sehingga ke hujung nyawa?
Cerita dalam novel sangat menarik dan tidak menghampakan. Drama yang sedang bersiaran tetap menarik walaupun terdapat perubahan sedikit dari segi cerita asal novel.