Taubat Yang Tertangguh

ISBN: 9789672118138
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,SENTAP PRESS
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Selama ini aku hanya melakukan kebaikan untuk mengaburi maksiat yang aku lakukan!

“Korang nampak aku baik sebab Allah tutup aib aku. Kalau Allah tunjukkan segala dosa yang aku pernah lakukan, mesti korang akan pandang hina aku.”
- Uzair Akhyar -

"Kadang-kadang, nak tegur orang ‘agama’ ni lebih susah daripada orang biasa. Ada saja dalil untuk menghalalkan kemungkaran yang dilakukan. Nampak baik, tapi sebenarnya diorang dah tertipu dengan syaitan.”
- Irfan Azqie -

“Sekarang ni zaman internet. Nak buat pahala memang senang, share saja perkara-perkara yang bermanfaat. Tapi, ramai orang terlupa, nak buat dosa pun senang juga. Sebarkan fitnah, buka aib sendiri, cari kesalahan orang.”
- Shukri Roslan -

“Bodoh betul orang kita ni, kan? Senang betul percaya. Cerita pasal syurga, guna imej Islamik, cakap lemah-lembut, semua terus cair. Senang betul jadi penunggang agama. Untung pun banyak.”
- Khairudin -

“Awak kena sedar, syaitan takkan hasut kita untuk terus berzina, tapi syaitan akan hasut kita untuk melakukan mukadimah zina terlebih dahulu. Syaitan akan goda melalui titik kelemahan kita, iaitu perkara-perkara yang nafsu kita suka.”
- Dania Najihah 

Customer Reviews

Based on 3 reviews
67%
(2)
33%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
M
Mhd Saprisal Sabarudin
Bahan bacaan yang menarik

Terdapat banyak perkara penting yang ditekankan dalam buku ini. Antaranya berkaitan taubat seorang pendosa, peranan sahabat, besarnya rahmat dan kasih sayang Allah, malah ada juga isu besar seperti ajaran sesat dan pergaulan bebas dalam kalangan pelajar agama. Tak kira orang belajar agama hingga bertudung labuh bertutup litup, tetap terpedaya dengan ajaran yang mereka sangka benar.

Bacaan yang menarik dan membuka mata seorang pendosa seperti saya. Sebaik-baik pendosa adalah pendosa yang sering bertaubat. Tidak kira dosa seluas lautan, setinggi gunung, atau sebesar alam semesta. Allah itu Maha Pengampun. Tidak perlu ragu dengan rahmat Allah yang luas.

A
AUNI FAKHIRA
sangat menarik

setiap manusia akan melakukan kesilapan kita perlulah bertaubat boleh bertembus dosa dosa yang kita lakukan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita semua.

N
Noramalina Shamsudin
Taubat Yang Tertangguh

Setiap manusia di tutupi aib oleh Allah SWT. Jika terbuka aib, pasti kita tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Buku ini mengajar kita tentang keinsafan, kesyukuran, kebahagiaan apabila kita mendapat hidayah untuk berubah. Taubat yang tertangguh mendidik kita supaya sering melakukan kebaikan dan hindari dosa.