Tekanan Tanpa Suara
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan semakin meningkat dalam masyarakat kita pada hari ini. Bukan sahaja golongan dewasa, malah remaja, pelajar sekolah, individu berkerjaya dan suri rumah turut berdepan dengan tekanan hidup yang semakin kompleks.
Dalam masa yang sama, perdebatan antara generasi semakin hangat diperkatakan. Ibu bapa, guru dan majikan merasakan generasi muda kini lemah, manja dan terlalu sensitif. Manakala anak muda pula merasakan lebih tertekan membesar di era digital yang penuh dengan perbandingan dan harapan yang tinggi.
Tekanan Tanpa Suara mengajak pembaca memahami isu kesihatan mental dan konflik antara generasi lama dan generasi baru dengan lebih mendalam.
Melalui kupasan psikologi dan realiti kehidupan masa kini, buku ini membuka ruang empati dan membantu kita mencari titik persefahaman antara dua generasi yang sama-sama sedang bergelut dengan tekanan zaman.