Tenang Ada di Sini
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Dunia semakin pantas putarannya,
Dunia semakin lebar perkembangannya,
Dunia semakin rakus merentap ketenangan manusia,
Manusia kian hilang arah dan tuju,
Manusia kian longlai menggapai keabadian,
Manusia kian keliru dalam mencari tenang yang abadi,
Tenanglah hati yang setia kepada agama yang satu,
Tenanglah jiwa yang kiblatnya Kaabah nan satu,
Tenanglah kehidupan yang kenal Tuhan nan Satu.
Baca, Selami, Hadam.
Biiznillah, Tenang Ada Di Sini.
Latar penulisan buku Tenang Ada Di Sini ialah tentang pentas kehidupan. Nukilan beliau ini mampu mendidik hati, bermain dengan perasaan halus dan menggerakan pancaindera lahiriah untuk menangkap isyarat-isyarat yang datang daripada Allah.
Membaca karya ini juga seperti membaca karya novel tanpa pelakon utama kecuali bermonolog dengan diri sendiri. Yang paling terkesan di hati kita, mereka yang zuhud ini ialah penghuni syurga!
Inilah dunia daripada kaca mata seorang ahli akhirat. Bagi mereka, kehidupan mereka di dunia ialah lambang keindahan hidup bersama Allah.