Tentang Pilihan: Membentuk Kerangka Fikir Dalam Menentukan Perjalanan Hidup
Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 200
Shelf: Mutiara Minda / Bacaan Umum / Bacaan Umun - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Bagaimana kalau keputusan yang aku buat ini silap?”
“Bagaimana kalau aku gagal sekali lagi?”
Rasa ragu boleh menyekat kita daripada mengambil sebarang keputusan kerana takut hasilnya tidak seindah impian. Kita bimbang dengan ketidaktentuan masa hadapan.
Membuat keputusan memerlukan dua perkara; kemahiran berfikir yang berkesan dan keberanian menetapkan sebuah keputusan. Kedua-duanya perlu seimbang dan saling melengkapi.
Buku ini merupakan susunan buah fikir Dr Nur Aisyah (Muharikah) bersandarkan kepada perjalanan kerjaya beliau sebagai seorang doktor pakar perubatan, dan pada masa yang sama, membangunkan IMAN sejak 2012. Penulis membentangkan konsep dan proses berfikir yang tepat untuk membantu kita membuat keputusan dengan lebih yakin dan berkesan dalam hidup.