Terbias Benci Tersirat Rindu

ISBN: 9789670907192
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

NURUL IMAN...Seorang gadis lincah dan periang. Sentiasa tersenyum walaupun dalam hati, bermukim kesedihan. Semenjak kecil dia dijaga oleh Wan Bedah dan Mak Su Normah. Dia sentiasa tertanya-tanya tentang statusnya. Siapakah ibu dan bapa kandungnya? Di manakah mereka sekarang? Namun, setiap kali persoalan diutarakan, hanya kebisuan Wan Bedah dan Mak Su Normah yang menjadi jawapan.

Kehadirannya di banglo mewah milik Tengku Faridah telah merubah jalan hidupnya. Entah kenapa, berada di samping Tengku Faridah sentiasa mengundang debaran dalam dada. Tambahan lagi apabila terpaksa berdepan dengan Tengku Amjad Kamil, lelaki kacak yang sentiasa sinis dalam percakapan. Namun, lelaki itu sentiasa memburunya.

"Siapa yang dah masuk dalam bilik aku ni, memang tak akan dapat keluar dengan selamat." - Tengku Amjad Kamil

Bertambahlah sesak lagi dadanya apabila Tengku Amjad Kamil nekad mahu menikahinya.

"Tak payah nak mengarut! Aku tak naklah kahwin dengan kau...Kita memang tak sepadan..." - Nurul Iman.

"Aku tak tanya persetujuan kau. Aku tak kira, sama ada kau rasa aku ni sepadan ataupun tak dengan kau. Apa yang aku tahu, walau apa pun yang berlaku. Kau tolak aku sampai tertonggeng pun, aku tetap nak kahwin dengan kau. You are mine! Always be mine, baby..." - Tengku Amjad Kamil

Mampukah Nurul Iman menerima kehadiran lelaki itu, sedangkan cinta dalam hatinya milik lelaki lain? Wujudkah perasaan rindu dalam hati, sedangkan mulut sering mengungkapkan benci?

Akan tersingkapkah segala rahsia tentang Nurul Iman? Berjayakah misi Mak Su Normah untuk mengembalikan Nurul Iman kepada yang berhak?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)