Tercagarnya Akadku
Publisher,Intens Idea
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
NUR AIRIS dan ZUFAR HANNAN bersatu tanpa cinta. Seorang mengelak daripada perkahwinan ‘cina buta’ manakala seorang kerana wang ringgit. Namun, sejauh mana kudrat Airis mengelak setelah empat tahun dia tinggalkan Zufar tatkala lelaki itu memburunya hingga sanggup menjadi drebar dan bodyguardnya atas arahan Datuk Jae.
-When I need you, I just close my eyes and I’m with you, Nur Airis. No one could kill me except you.-
Airis hentikan langkah. Menghayati setiap bait ayat tertera di skrin telefonnya. Belum sempat skrin telefonnya gelap, satu mesej diterimanya lagi.
-Toleh belakang.-
Sebaik Airis toleh, dia lihat Zufar sedang pejamkan mata. ‘When I need you I just close my eyes and I’m with you’. Rasa terngiang-ngiang ujaran tersebut daripada bibir Zufar. Airis menyimpan senyum.
“Abang Han!”
Airis dan Zufar sama-sama terkejut. Airis pandang Suhaila yang menjerit tadi. Zufar juga spontan buka matanya. Kacau betul budak Ila ni! Potong stim!
“Cik Naira suruh basuh sikit keretanya. Ada tahi burung kata dia. Pukul tiga Cik Naira nak keluar.”
Waktu sama Zufar buka WhatsApp daripada Airis sambil mata terbias ke arah Airis dalam kotak lif yang hampir tertutup pintunya.
-I feel like flying-
NAMUN masih suaminyakah Zufar ini apabila dia tinggal di banglo milik majikannya manakala Zufar di kuarters pekerja? Di kawasan sama yang digelar Tanah Yumnaa…
“Awak berdendam?” – Airis
“Kalau berdendam, layak kan?” – Zufar
SIAPA Zufar sebenarnya tatkala hati kecil Airis berkata… Awak sesuatu, Zufar. Awak sesuatu sangat. Cool like ais, hot like lava, valiant like a killer, sweet like...like... ah...lori tumpah gula…
Tercagarnya Akadku sebuah kisah yang agak drama-heavy from the start. Watak-watak dalam cerita ni pun agak banyak so you do need to pay some attention, tak boleh nak baca skip-skip. So if you are looking for something yang sweet-sweet, you might not want to read it first. Kena baca time hati dan kepala tengah lapang hihi..