Teroka Sains 14: Saya Nak Gembira!
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / BACAAN UMUM / RUJUKAN AM
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Anda berhak untuk berasa gembira.
Namun, kegembiraan bukan sesuatu yang datang begitu sahaja. la adalah satu KEMAHIRAN yang boleh dipelajari dan diasah.
Melalui buku ini, anda akan diajak untuk menyelami makna sebenar kasih sayang terhadap diri sendiri. Kerana tiada siapa di dunia ini yang mampu menyayangi diri kita lebih mendalam daripada diri kita sendiri.
Buku ini sangat sesuai untuk:
• Pelajar yang sedang menghadapi cabaran dalam pembelajaran,
• Ibu yang bertungkus-lumus menguruskan rumah, anak dan kerjaya,
• Bapa yang berhempas-pulas mencari rezeki demi keluarga, Dan sesiapa sahaja yang sedang berjuang untuk mencari kegembiraan dalam dunia yang penuh cabaran ini.
• Juga untuk semua yang ingin mencapai tahap diri yang paling optimum.
Sayangilah diri anda. Hidup ini terlalu singkat untuk tidak berasa gembira. Ujian hidup akan tetap datang, walaupun kita menggunakan pelbagai cara untuk menolaknya sejauh mungkin. Namun dengan persiapan yang kukuh, setiap cabaran akan mampu kita sambut dengan senyuman.
Hakikatnya, kemahiran untuk berasa gembira kadangkala hanya memerlukan kita untuk tersenyum, ketawa, dan menikmati momen- momen kecil. Perkara yang mudah, namun sering dilupakan dalam kesibukan hidup.
Jom fahami rahsia kegembiraan dengan pendekatan sains yang mudah dan penuh makna.