Teruna: Tercipta Untuk Mu...Ainur
Publisher,Cute Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Hobi aku berlumba. Tak kira halal ke haram, yang penting aku ingin jadi juara. Aku diciptakan dari sperma yang juara dan aku harus kekal juara. Sebenarnya bukan sahaja lumba haram, ada lagi kerja haram lain yang jadi hobi.
Apa? Ya curi motor sinonim curi kotor dengan rempit? - Zam
Kalau tidak difikirkan undang-undang menampar itu salah, memang aku tampar dan aku pijak-pijak budak lelaki bernama Zamarul Na'im ini. Geram!
Kau tak tahu aku sudah pasang perangkap untuk kau malam ni! - Inspektor Azri
Loyar buruk, sinis dan di hatinya hanya ada seorang wanita iaitu ibunya.
Senakal-nakal Zamarul Na'im, dia seorang yang amat naif tentang wanita.
Takdirnya dia bernikah tanpa sengaja dengan wanita yang jauh lebih berusia darinya. Hendak menolak dia tidak berdaya, hendak rela dia tidak berupaya. Apakah ia takdir atau hukuman?
"Awak menggigil?"
"Saya tak pernah pegang tangan perempuan" Wajahnya begitu muda, masih ada roman keanak-anakan meskipun sudah meliar dengan roma-roma yang dijaga rapi.