" Tidak. Dahulu rumah ini kayu sahaja. Ada bangsal lembu di belakang rumah ini. Kamu tahu, ketika itu kami miskin. Setiap kali musim sejuk, baba akan tidur di atas rumput kering makanan lembu."
Teta membeliakkan matanya mendengar cerita baab. Timbul simpati di hatinya.
"Tak busuk ke baba, bau tahi lembu?'