The Art of Event Management (2023)
Publisher,PUTEH PRESS
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 160
Shelf: Mutiara Minda / Perniagaan & Pengurusan / Pengurusan Acara
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
The Art of
Event Management adalah sebuah perjalanan inspirasi ke dalam dunia seni pengurusan
majlis yang dikompakkan dalam sebuah naskhah.
Gelaran
seniman majlis diilhamkan kepada pengurus majlis kerana multiperanan yang
digalas ibarat gabungan penyanyi dan komposer. Setiap majlis adalah karya seni
yang menampilkan dedikasi, kecekapan, dan ketekunan bagi penghasilan pengalaman
bermakna dan sukar dilupakan buat para hadirin. Pengurus majlis bukan sekadar
berurusan dengan ramai pihak, bahkan memerlukan kreativiti, kepimpinan efektif
dan kecekapan dalam mengatur atur cara.
Memahami
akan aspek pengurusan acara harus dipenuhi dengan kepelbagaian teknik dan
kemahiran, Muhammad Hafizi Zamri selaku pengarang buku ini telah menghasilkan
sebuah buku yang komprehensif. Berbekalkan sedekad pengalaman dalam bidang
pengurusan acara, naskhah dalam tangan anda ini sesuai dijadikan rujukan untuk
mereka yang terlibat dalam pengurusan acara.
Naskhah ini
dibahagikan kepada 4 Bahagian bermula dengan bahagian Pengenalan,
Sebelum Majlis, Semasa Majlis dan Selepas Majlis. Lampiran dan sampel
kertas kerja serta ilustrasi gambar rajah melengkapkan penerangan, praktikal
dan merangkumi pelbagai jenis acara.