The Book of Elon: Panduan Visi dan Kejayaan (Edisi Bahasa Melayu)

ISBN: 9786297809588
Checking local availability
RM55.00
Product Details

Publisher,Acepremier Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 412

ADAKAH ANDA SERING DIBELENGGU KEBIMBANGAN BAHAWA SEGALA USAHA ANDA TIDAK MEMBAWA MAKNA? ATAU POTENSI KEHEBATAN ANDA BAKAL LAYU TANPA SEMPAT DIREALISASIKAN?

Ramai yang menjalani kehidupan tanpa pernah mengecap erti matlamat dalam kerjaya. Mereka tidak pernah benar-benar mencurahkan seluruh jiwa dan raga demi sebuah misi yang bermakna.

Matlamat dan ketekalan adalah tunjang kekuatan Elon Musk. Beliau tidak gentar menggalas misi yang mustahil, lalu bangkit dengan daya kreatif serta keazaman yang kental demi meraih kejayaan. Bukannya pesona, tuah, mahupun kepintaran semata-mata yang menjadikannya insan terkaya di dunia, tetapi pola pemikiran beliau.

Pola pemikiran Musk dirangkumkan dengan teliti di dalam buku ini, hasil penyelidikan selama lima tahun yang menyaring jutaan perkataan menjadi sebuah naskhah mudah dibaca.

Ini bukan sekadar biografi atau buku motivasi murahan. Sebaliknya, melalui kata-kata Musk sendiri, anda akan merasai bimbingan peribadi untuk membina kehidupan yang bermakna, penuh semangat, dan dilimpahi kemakmuran.