The Gallant Princess
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 480 g
No. of Pages, 540
Menjadi anak angkat
membuatkan kehadiran Leif tidak disenangi oleh Alana. Namun, jangka masa 10
tahun sudah cukup memberi 1001 rasa dalam diri gadis itu.
“I
love you, Lana.” - Leif
Namun,
mereka terpisah selepas kejadian di hutan larangan. Alana nekad mahu mencari
Leif dan keluarganya yang turut hilang semasa pencarian Leif.
Pertemuan
dengan Lucas telah mengubah perjalanan hidup seorang Alana. Hubungan mereka
seperti bermain tarik tali.
“Alana
satu-satunya kawan perempuan yang saya ada. Boleh saya bawa dia sebagai
pasangan saya?” - Lucas
“Aku
rasa kita dah jauh dari rumah. Sudah-sudahlah kalau nak berlakon pun.” - Alana
“Siapa
kata aku berlakon?” - Lucas
Selepas
satu kejadian di sebuah hutan, Lucas terus menghilangkan diri. Alana meneruskan
niatnya masuk ke istana yang bukan saja menemukan dia dengan Leif, tetapi
dengan Lucas juga.
“Macam manalah muka Putera Mahkota kita tu? Mesti
kacak, kan?” - Alana
“Jadi, kau tertarik dengan
Putera Mahkota kami?” - Lucas
Lebih mengejutkan, Alana
berjumpa dengan kembarnya yang disangka sudah mati. Malah dia juga bakal
permaisuri Leif. Persaingan merebut hati pun bermula.
“Tak mungkin aku tinggalkan
kau sendirian, Alana.” - Lucas
“Aku tidak boleh tidak
mencintainya.” - Leif
Antara Leif dan Lucas, siapa
pilihan Alana? Siapa Leif dan Lucas sebenar-benarnya? Bagaimana pula dengan
konflik perebutan takhta yang melibatkan semua nyawa mereka dan rakyat?