The Ghost Writer: The Curse Of The Black Diary
Publisher,Kaseh Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 230
Leonard Walter yang mengalami depresi teruk setelah kematian isteri dan bayi kembarnya telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Springville City dan memulakan kariernya sebagai seorang penulis novel seram.
“Untuk tinggal di apartmen ini, ada syaratnya yang perlu kamu ikut. Syaratnya, kamu
tak dibenarkan keluar dari bangunan ini tepat pada jam 12.00 tengah malam.” - Aunty Rose
Hidup Leonard mula berubah 180 darjah setelah terjumpa sebuah diari lama di apartmen
Black Swan. Sejak menemui diari tersebut, pelbagai kejadian aneh mula menimpa dirinya. Setiap kali ada babak kematian
atau kemalangan ngeri yang ditulis dalam manuskripnya, kejadian itu akan
benar-benar berlaku di dunia yang nyata!
“Diari hitam tu ada dekat apartmen berhantu sana. Selepas aku campak diari tu ke dalam laut semalam... diari tu muncul balik dekat lobi apartmen. Sejak kejadian tu, aku dah tak berani lagi nak sentuh diari tu!” - Leonard Walter
Berjayakah Leonard merungkai sumpahan yang ada di sebalik diari lama tersebut? Dan berjayakah dia menyelamatkan dirinya daripada terus terperangkap di dalam apartmen berpuaka itu?