The Great Story of Muhammad
Publisher,Pustaka Maghfirah
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 1500 g
No. of Pages,
Perjalanan Hidup Rasulullah saw adalah the great story, sebuah kisah yang agung, kerana setiap jejak langkah baginda dibimbing langsung oleh wahyu Ilahi. Di dalamnya sarat dengan nilai-nilai kebaikan, hikmah dan pedoman hidup yang dapat membimbing dan menginspirasi manusia menuju sukses dunia dan akhirat. Dan sungguh, sebuah kenikmatan tak terhingga jika kita seakan-akan hidup bersama Rasulullah saw.
Buku ini, insya-Allah akan memberikan kenikmatan tersebut kerana akan membawa kita seolah-olah ke masa 14 abad silam, untuk merasakan dan melihat langsung perjuangan Rasulullah saw. Merasakan kesedihan saat baginda ditinggal selamanya oleh kedua orangtuanya. Melihat keceriaan baginda ketika masih anak-anak dan remaja. Merasakan kegigihan baginda saat berdagang. Menyaksikan kebahagiaan baginda saat menikahi Khadijah. Merasakan berat, pahit dan getirnya perjuangan baginda menyebarkan risalah Islam kepada umat manusia. Menyaksikan perjalanan hijrah baginda dari Makkah ke Madinah. Menyaksikan kebahagiaan baginda ketika penduduk Anshar menyambutnya di Yatsrib (Madinah). Merasakan suasana kemenangan saat mengalahkan musuh di Perang Badar. Melihat saat-saat kritis yang baginda hadapi di Perang Uhud. Menyaksikan tawadhunya baginda ketika membebaskan Kota Makkah. Dan merasakan perjuangan baginda menahan rasa sakit menjelang wafat.
Selesai membaca buku ini, insya Allah kita dapat mengambil inspirasi dari kisah agung Rasulullah saw.