The King Sulayman: Misteri Haikal dan Kerajaan Nabi Sulaiman

ISBN: 9789672278016
Checking local availability
RM37.90
Product Details

Publisher,Hijjaz Records Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Buku ini mendedahkan penemuan kehebatan teknologi tinggi pembinaan Haikal Nabi Sulaiman dengan segala kecanggihan yang terdapat pada zaman itu, dan tidak terdapat pada zaman ini. Termasuk kecanggihan teknologi binaan istana Puteri Balqis. Kecanggihan ‘seni bina singgahsana Haikal Sulaiman’ terbuat daripada gading gajah yang bertatahkan mutiara, yaqut, zabarjad dan intan. Tangganya dengan intan, yaqut dan zabarjad. Hiasan-hiasan dalaman dengan pelbagai jenis batu bernilai tinggi, segala komponen singgahsananya pula digerakkan oleh ‘teknologi gerakan’ tanpa menggunakan arus elektrik.


Nabi Sulaiman juga selain dikurniakan kepintaran akal, juga berkemahiran mencanai tembaga dan membina istana berlantaikan teknologi kaca serta menguasai dan memahami pelbagai bahasa makhluk selain manusia, iaitu bahasa semut, unggas dan binatang-binatang buas dan boleh berkomunikasi dengan mereka secara baik

.

Dalam buku ini juga didedahkan beberapa konspirasi Yahudi mereka-reka sejarah dan fakta palsu untuk membenarkan tindakan mereka menceroboh dan menduduki kota Baitulmuqaddis, betapa mereka mempunyai ‘agenda tersembunyi’ merancang menyambut kedatangan Dajjal, yang mereka puja-puja sebagai ‘Raja Akhir Zaman’ mereka.


Buku ini juga membongkar misteri ‘Tabut’ dan ‘Manna wa Salwa’ yang didakwa tersembunyi dalam Haikal Sulaiman, sedangkan artifak misteri itu sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya, apakah ia masih wujud atau hanya sebagai ilusi Yahudi sahaja.


Suatu ‘fakta misteri’ lain lagi yang dibongkarkan dalam buku ini adalah isyarat Rasulullah SAW bahawa Islam akan bangkit di Timur dan didominasi oleh Bani Melayu yang berdarah campuran Arab, darah para nabi bani Israel dengan darah Ajam, yang mana mereka menjadi teras kepada kebangkitan semua Islam di era Nubuwah. Pemula episod dunia ini dimulai dengan tercetusnya peperangan dunia ketiga yang memulainya adalah dengan penaklukan Yahudi ke atas Baitulmuqaddis. Tapi akhirnya umat Islam akan tawan semula daripada Yahudi.