The Past Between Us
Publisher,Intens Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
MULA-MULA Mr. Red block kereta Elena sampai Elena viral satu Malaysia.
“Saya parking tak sampai lima minit. Takkan cik tak boleh tunggu sekejap?"
Kali ke dua jumpa mamat tu, di syarikat kak long. Okey, ini salah Elena sebab dia pergi ambush pejabat kak long dan serang Emir Redza aka Mr. Red.
“Semalam you tanya manners I, Sekarang I tanya you, mana manners you? Terjah ofis orang sesuka hati.”
Kali ketiga jumpa.. Elena ‘dipaksa’ naik BMW yang dia pernah sumpah seranah disebabkan Mini Coopernya boleh pula buat-buat sakit. Kan tak pasal-pasal kena teman Mr. Red makan
“El terima kasih teman I makan. You bolehlah tulis tarikh hari ini dalam diari you.”
“Tulis apa?”
“First date kita.”
“Please lah!”
ORANG cakap kalau dah tiga kali keluar bersama maknanya there’s something going on tapi mana mungkin sebab dalam hati Elena sudah terpahat nama Muhamad. Tapi siapa sangka kali ke empat bertemu, Elena sendiri hulur tangan tanda sebuah persahabatan bermula.
Tapi huluran tangan Elena dibalas dengan satu kejadian ngeri dalam hidup seorang Elena Sofea.
“You… Pembunuh!” - Elena
TIGA tahun berlalu, Elena Sofea masih simpan dendam biarpun Redza ada depan matanya kembali!
“El sendiri yang cakap dengan Mak Wa yang El nak cari jawapan pada semua persoalan hati El tu.”
“Salah ke apa yang El buat?”
“Tak salah selagi El tahu tanggungjawab El. El dah jadi isteri kepada Redza. El kena hormat dia. El tahu kan syurga El ada pada Redza?”
Elena angguk kepala. Dia perangkap dirinya sendiri dalam sangkar Redza demi sebuah jawapan.
MAMPUKAH dia menerima rahsia kisah lalu antara mereka?
Banyak kisah dan teladan yang ada dalam naskah ni... Tentang kasih kekeluargaan ,Tentang persahabatan,Tentang reda dengan ketentuan juga tentang Pergantungan dan harapan hanya pada Dia. Naskah ni sarat dengan rasa cinta dan kasih sayang. Juga ada rasa dendam yang tak berkesudahan. Akhirnya diri sendiri yang derita. Betullah syak wasangka itu membawa pada keburukan dan kekusutan, membunuh jiwa yang lemah. Saya suka dengan sikap selamba dan rendah diri Redza .Walaupun terluka dengan hinaan dan cacian dari orang yang tersayang tapi dia reda dan sentiasa positif. 😎😎😎
Pertemuan yang tidak disangka antara Mr.Red dan Elena telah membawa kepada perhubungan yang semakin rapat. Namun, ada sesuatu yang ngeri berlaku kepada mereka setelah memeterai perjanjian. Kisah ini menekankan elemen kekeluargaan dan persahabatan antara watak watak. Novel ini sarat dengan pelbagai nasihat dan pengajaran. Antaranya adalah redha dengan ketentuan Tuhan dan pergantungan dan harapan hanya kepada Dia. Sangat sesuai dibaca ketika waktu senggang kerana penyampaian yang santai oleh penulis.