Wahai orang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untukmu, dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk, lalu kamu menafkahkan daripadaNya.
Padahal, kamu sendiri tidak mahu mengambilnya, melainkan dengan mengelipkan mata terhadapnya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil) sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia, dan Allah Maha Luas (KurniaanNya) lagi Maha Mengetahui.