The Prophetic Medicine

ISBN: 9789670932217
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Ibnu Katsir
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Gaya hidup yang diamalkan Rasulullah SAW adalah gaya hidup sihat yang menyeluruh dan amat didambakan oleh manusia moden. Dengan demikian, sesungguhnya gaya hidup Nabi SAW adalah gaya hidup yang amat sesuai dijadikan panduan dan teladan oleh manusia moden, atau sesiapa sahaja yang mahukan hidup sihat secara holistik.
 
Gaya hidup Rasul SAW amat seimbang antara fizikal, akal, jiwa dan rohani. Gaya hidup seperti inilah yang menzahirkan ketenangan zahir batin dan menghadirkan kebahagiaan dunia akhirat.
 
Meneladani perilaku Rasulullah SAW bererti menyambut datangnya kebahagiaan zahir dan batin kerana kebahagiaan zahir dan batinlah yang menjadikan kita mudah mencapai tahap sihat secara holistik. Jasmani kita sihat kerana gaya pengambilan makanan yang tertib dan terjaga. Akal dan psikologi kita menjadi tenang kerana tidak dibebani dengan keinginan mengejar dan memuaskan nafsu duniawi yang bersifat sementara dan aspek rohani kita tidak terganggu kerana memperolehi haknya sebagaimana mestinya.