The Red Evil'S Lady: Laressa Arabella
Publisher,Orabook Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Ketua mafia seorang perempuan? Siapa sangka ketua mafia adalah seorang gadis. Laressa Arabella seorang gadis jelita yang tertarik dengan dunia gelap iaitu dunia mafia. Dari kecil sudah diajar untuk menjadi kuat oleh ibu dan ayahnya kerana mereka sekeluarga berada dalam dunia gelap ini.
Sekeras-keras hati gadis ini, dia tetap membuka hati untuk mencintai seseorang di dalam hidupnya. Namun hatinya disiat, dikoyak tanpa belas kasihan oleh teman lelakinya sendiri.
“Siapa perempuan ni?" - Laressa Arabella
“She’s my wife.” - Zafran Alif
Mendengar ayat yang keluar dari mulut kekasihnya, dunia bagai terhenti. Akhirnya dia pulang membawa hati yang luka. Hati dikunci rapat agar dirinya tidak jatuh cinta lagi.
Kashaff Ammarash, tidak pernah tertarik dengan mana-mana gadis selepas mengakhiri hubungan dengan tunangnya. Namun hati Kashaff cair melihat seorang gadis kuat ini, Laressa Arabella. Pelbagai cara dia lakukan untuk menawan hati si gadis.
“Apa ni paksa-paksa orang kahwin?” - Laressa Arabella
“Sebab aku suka kau.” - Kashaff Ammarash
“Gila.” - Laressa Arabella
“Ya, gilakan kau. Always be mine, Angel” - Kashaff Ammarash
Susah bagi Laressa untuk menerima Kashaff. Dunia mafia, berkahwin, anak, musuh, juga hatinya yang hancur disebabkan seorang lelaki. Jadi apa lagi cara Kashaff untuk menawan hati Red Evil’s Lady? Dapatkah dia masuk ke dalam hati gadis ini?