The Unplanned Mrs Zahin

ISBN: 9786297509648
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

"Marriage is not everything, Haura. It's just paperwork." – Hanif

Bagi Haura, dia turut menyimpan impian untuk hidup berumah tangga dan berkeluarga. Namun impian itu musnah apabila dia ditipu oleh lelaki yang sebenarnya sudah menjadi suami orang.

Sumpah! Haura bukan perempuan perampas. Tapi siapa yang akan percaya padanya bulat-bulat? Lebih menyesakkan fikiran, Hanif berkeras tidak mahu melepaskannya.

"Selagi Haura belum menjadi isteri sesiapa, selagi itulah aku akan berusaha untuk jadikan dia milik aku!" – Hanif

Saat itulah Zahin, sepupu kepada isteri Hanif, menawarkan Haura jalan keluar dari kemelut itu.

"So now you only have one way out. Jadi isteri aku." – Zahin

Apabila dia menemui jalan buntu, akhirnya Haura terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Zahin. Lelaki yang pernah memusuhinya dahulu.

"Haura pilih ... Zahin, mama." – Haura

"Kau akan menyesal dengan keputusan ni, Haura!" – Hanif

Zahin berpegang pada janjinya. Untuk hadir menjadi penyelamat dan pelindungnya.

"I will make sure you fall in love with me." – Zahin

Namun, rumah tangga mereka semakin diuji apabila bekas kekasih Zahin kembali menagih cinta lama.

"Call me crazy, call me foolish, call me whatever you want. Tapi I memang menyesal sebab tinggalkan you." – Kayla

Berjayakah mereka membuat Hanif berhenti mengganggu Haura? Dapatkah Kayla memiliki semula sekeping hati milik Zahin? Mampukah Haura kecapi bahagia yang diidamkan selama ini?