The Warriors (Perang-perang 4 Khalifah)
Publisher,Must Read Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 416 g
No. of Pages, 263
Buku ini mengetengahkan
siri peperangan selepas kewafatan Rasulullah SAW yang berlaku pada zaman 4
khulafa ar-Rasyidin iaitu Sayidina Abu Bakar RA, Sayidina Umar RA, Sayidina
Utsman RA dan Sayidina Ali RA. Meskipun pasukan tentera Islam mengalami serba
kekurangan dari aspek bilangan tentera dan kelengkapan perang dalam kebanyakan
perang yang disertai, namun ia bukan satu alasan untuk mereka mudah menyerah
kalah. Ikuti babak strategi tentera Islam yang bijak mengatur helah, sekali gus
mendorong kemenangan memihak kepada mereka.
Dengan
gaya persembahan santai, diselangi ilustrasi, info ringkas peristiwa penting, taktik
menewaskan musuh, dan kronologi konflik yang mencetuskan perang, pembaca pasti
mudah menghadamnya!
Menarik di dalam buku ini:
·
Mengapa
kaki pihak tentera musuh dirantai semasa mereka berperang dengan tentera Islam?
(ms. 65)
·
Mengapa
tentera berkuda Islam diarahkan bersembunyi di belakang lereng bukit? (ms 71)
·
Mengapa
Khalid al-Walid RA membenarkan tentera musuh menyeberangi sungai terlebih dahulu?
(ms 107)
·
Apa
helah tentera Islam menghias unta-unta yang dibawa berperang? (ms 166)
Buku ini merupakan edisi tambah baik kulit buku dan tajuk daripada edisi asal buku Perang-perang 4 Khalifah.