Throwback (Pujuklah Hati #5)
Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Kata orang … “Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past. Yelah … Buat apa nak fikir tentang perkara yang sudah lepas. Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus! Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors. Untuk apa? Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati. Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap ada gunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita. Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya! Misalnya bagi saya sendiri. Mengingati perkara yang pernah terjadi, buat saya lebih mudah memahami situasi hari ini. Lebih mudah mengendalikan hati agar lebih matang dan bertenang-tenang dengan pelbagai kerenah orang.