Tiga Hero Mencari Jodoh
Author: NORSHIEMAH MD YASAN
ISBN: 9786297509181
Checking local availability
Title
RM32.00
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 377
Tiga orang sahabat yang tinggal serumah mempunyai karakter yang berbeza. Masing-masing ada cerita tersendiri apabila memperkatakan tentang jodoh. NADIM, ada hati dengan anak tuan rumah. Malangnya sifat pemalu terlampau Nadim membuatkan dia mudah menggelabah. “Hei, Nadim. Kau ada kacau anak aku ke?” - Puan Asmidar “Mak ni garang sangatlah. Jangan asyik nak marah aje.” - Indah “Tak... puan. Err... saya nak pergi kerjalah ni.” - Nadim ARJUNA, dingin dengan insan bergelar perempuan kerana pernah dipermainkan. Bagi Arjuna, perempuan semua tidak setia dan menyusahkan. “Ya, perempuan tidak setia dan menyusahkan.” - Arjuna “Tak semua perempuan curang dan menyusahkan.” - Nadim “Sorry, aku masih belum boleh terima lagi perempuan dalam hidup aku.” - Arjuna ADAM, seorang yang bermulut manis dan suka mengusik. Malangnya ada juga gadis yang mampu buat dia hilang semua kebolehan itu. “Jangan nak mimpilah! Kau bukan calon yang layak untuk aku.” - Dahlia “Kau tak cakap dengan aku, macam mana aku nak buat?” - Adam Nadim, dalam malu-malu sempat lagi jeling-jeling anak dara rumah jiran sebelah. Arjuna, prinsip tidak percaya perempuan mula berubah saat bertemu dengan Rindu. Adam, tiada kemanisan berkata-kata saat bertemu dengan Dahlia. Adakah Nadim, Arjuna dan Adam bertemu dengan perkataan JODOH di dalam kamus hidup mereka? Adakah wanita impian mereka akan menjadi pendamping yang diimpikan?