Tika Cinta Hadir
Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 560
Kapsyen:
Mulut
kata tak suka, tapi hati dah jatuh cinta.
Blurb:
Ryzal cuba menolak
saranan orang tuanya
untuk dijodohkan dengan Qaisara kerana sejak awal lagi dia tak pernah menyukai
gadis itu. Tapi,
penolakannya tidak diendahkan,
menyebabkan dia semakin membenci Qaisara.
“Kau
tahu tak yang kau ni seorang yang tamak? Tak tahu bersyukur. Sepatutnya kau
sedar siapa diri kau. Apa asal usul kau. Hati aku ni dah lama sakit. Dah
berdarah dan bernanah disebabkan kau!” Ryzal
“Kenapa?
Hairan tak berjaya buat air mata Sara keluar? Sudah-sudahlah buat kerja tak
berfaedah ni. Sara dah fed up. Sara dah lali. Air mata Sara dah lama kering.”
Qaisara
Kerana itu juga Qaisara
nekad mahu memutuskan pertunangannya dengan Ryzal sebelum majlis perkahwinan
mereka berlangsung. Walau dengan
apa cara pun. Dia tak mahu terus dikeji oleh Ryzal yang benci sangat kepadanya
sejak dulu.
“Kalau
Sara tetap bertegas nak batalkan majlis perkahwinan, papa akan tarik balik apa
yang telah papa berikan pada kamu berdua. Kamu berdua takkan punya apa-apa.
Semua harta papa, akan papa berikan pada Haqiem, termasuk SR Holdings.”
Atas
ugutan Datuk Syafiq Rahman itu, Ryzal membuat
perjanjian sebelum dia dan Qaisara
berkahwin kerana dia percaya perjanjian itu bakal
memberi keuntungan kepadanya. Tapi, perjanjian itu jugalah yang menyebabkan
Ryzal benar-benar kehilangan Qaisara di saat dia benar-benar
mencintai gadis yang pernah
dibencinya itu.
Apakah yang berlaku kepada
Qaisara selepas dia meninggalkan Ryzal? Dan, apa pula yang berlaku
kepada Ryzal bila Carolina muncul dan mengaku sedang mengandungkan anaknya?