Tika Itu...Inai Masih Merah
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 800 g
No. of Pages,
Hannan Zahirah Lee Louver. Betapa besarnya cinta dia kepada Haniff Mirza sehingga dia sanggup berkorban segalanya. Tapi, cinta mereka menjadi racun dalam hati Tengku Kamalia, bonda Haniff. Rancangan diatur lalu tersingkirlah Hannan daripada ikatan perkahwinan dengan cara paling keji tika inai masih merah di jari.
Pertemuan semula Haniif dengan Hannan meyakinkan Haniff yang dia punyai peluang kedua untuk bersatu semula dengan Hannan. Namun kini, hidup Hannan sudah ada Izz Arman Khair. Cinta mereka makin menuju ke puncak bahagia. Mahligai perkahwinan makin nyata. Lelaki ini separuh daripada nyawanya. Tidak mungkin dia berpaling biar apa pun yang terjadi.
“Dendam itu hanya bara yang membakar dalam diam. Percayalah, Hannan. Jika you parah terluka...I sudah lama lumat dicencang rasa sakitnya. Kita sama-sama terseksa. Berilah diri kita peluang untuk sama-sama kembali membina bahagia yang suatu waktu dahulu milik kita. Milik you dan I.” - Haniff Mirza
Namun, Hannan tidak sesekali lupa apa yang pernah terjadi. Tidak sama sekali!
“Jangan mengharap titis hujan di gurun, Haniff. Jangan menunggu kerdip cahaya mentari di kala pekat malam. Hati yang mati takkan bangkit biar dipuja mentera terhebat. Jangan mengharap sesuatu yang takkan berlaku. Hati seorang Hannan Zahirah sudah lama mati buat you.” - Hannan Zahirah.
Tapi, tegakah Hannan memegang prinsip dalam hati apabila permata jiwanya mahukan dia kembali kepada Haniff? Bagaimana mungkin ditunaikan sedangkan hati, raga dan jiwanya kini milik Izz?
“Abid sayang mama dan papa. Abid nak mama dengan papa aje. Mama kahwin dengan papa. Abid nak mama buat macam tu.” - Abid Hylmi
Izz Arman Khair. Lelaki istimewa pemilik jiwa Hannan. Pengubat lara dalam hati Hannan. Demi kasihnya yang tidak bertepi, dia rela melepaskan Hannan dan Abid demi sebuah bahagia.
“Melepaskan you bukan pilihan dari hati I, Hannan. Demi Allah, percayalah. Membiarkan you menjadi milik yang lain adalah luka yang teramat sakit. Tak tertanggung. Setiap urat saraf bagaikan diracik halus. Memercik darah derita yang tak mampu dilafazkan oleh mana-mana aksara.”- Izz Arman Khair.
Ada ketikanya cinta harus dilepaskan kerana itu pilihan terbaik untuknya. Kadangkala cinta harus berkorban kerana cinta yang sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai. Cinta itu tak ternilai pada setiap yang bernafas. Milik siapakah akhirnya cinta seorang Hannan Zahirah? Dan adakah kali ini inai yang merah di jari Hannan menghadirkan bahagia buat kali kedua? Bahagia yang berkekalan.