Tip Kewangan Viral
Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Sanggup tidak anda jika kena buat begini:
A. Pergi kerja naik motor, di samping dapat sampai ke tempat kerja lebih awal, anda juga boleh jimat minyak dan tol.
B. Di tempat kerja, bawa bekal makan tengah hari lagi bagus, siap bawa buah potong dan air fresh oren buatan sendiri. Jimat banyak geng! Kawan pun boleh terliur tengok makanan kita.
C. Tinggallah sementara waktu dengan keluarga jika dapat kerja berdekatan dengan rumah. Duit yang orang lain buat bayar sewa rumah, kita gantikan sebagai duit poket mak ayah kita. Berkat pun dapat.
D. Kurang berbelanja sakan, cukup dengan apa yang kita ada. Matlamat kita untuk penuhkan tabungan hingga tercapai impian kita.
E. Cari pasangan yang cukup memahami tentang kewangan diri dan masa depan bersama. Tidak salah kurang dating. Yang salah bila kita tidak buat cara yang betul dengan halalkan hubungan yang terbina.
Sanggup atau tidak, tepuk dada tanya pada diri. Sekatan kewangan ini bukan untuk selama-lamanya tetapi untuk seketika, sementara kita membina mahligai kehidupan yang lebih baik. Kewangan yang kita bakal bina adalah untuk keluarga kita juga. Fikirkan dari banyak sudut, percayalah anda akan rasa menyesal kerana tidak mula dari awal, sedangkan sudah berapa lama pula masa kita terbuang dengan perkara yang sia-sia. Masa depan kita tidak tunggu kita untuk bersedia, tetapi kita sendirilah yang kena lebih menghargai masa kita. Anda sudah bersedia? Jom mulakan bina kewangan.
perkongsian yang amat berguna terutama sekali kepada golongan muda demi memastikan tahap kewangan kita sentiasa berada dalam keadaan 'sihat'.
perkongsian yang amat berguna terutama sekali kepada golongan muda demi memastikan tahap kewangan kita sentiasa berada dalam keadaan 'sihat'.
Sebuah buku pengurusan kewangan yang disarankan untuk semua lapisan tanpa mengira berapa gaji samada sedikit ataupun banyak. Disediakan tip tip Salam menguruskan wang yang dapat menyimpan lebih banyak wang untuk masa hadapan. Sangat berinformasi dan bermaklumat.
Bila baca banyak buku kewangan, tidak dinafikan seolah-olah satu sahaja yang hendak disampaikan oleh penulis iaitu SIMPAN.
.
Kalau tidak ada SIMPANAN, tak guna nak sembang pasal pelaburan saham dan hartanah, apatah lagi nak bisnes. Mungkin situasi ini berbeza pada orang yang kaya raya, macam tak perlu menyimpan kerana input sangat melebihi output (kalau tak boros). Dalam buku ini penulis dari bab 1 sampai bab akhir asyik berulang kali cerita tentang ASBf, patut lah sebab penulis nya pun agen kan. Selain platform ASBf penulis juga ada sebut pasal SSP, takaful, TH, UT dan emas (walaupun sedikit).
Secara umum, buku ni baik untuk dibaca oleh BBNU dan acah-acah mantul bila habis belajar dapat kerja gaji 3k.
Kalau anda rajin baca buku kewangan yang tinggi-tinggi, anda akan rasa, "eh, macam ni pon boleh buat buku?" Suka hati dia lah, dia punya buku. Haha. Kau, cubalah buat satu buku. Sebab beza buku yang penuh diagram, penuh formula yang buat kita rasa 'complete' bila banding dengan buku yang tak cukup padu. Paham ke paham ?
Sekatan kewangan ini bukan untuk selama2nya tetapi untuk seketika. Sementara kita membina sebuah keluarga yang lebih baik. Sudahkah kita bersedia untuk membuat catatan kewangan harian dengan simpanan , dan juga untuk kecemasan . Belanja lah dengan cermat.