Titik Bahagia Selamanya

ISBN: 9789838223812
Checking local availability
RM32.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Dia tidak pernah meminta jalan yang mudah, tetapi dia memohon hati yang tetap ikhlas untuk terus bertahan.

Di hujung lelahnya, dia juga hampir menyerah. Namun, satu nama yang tersimpan kemas di dalam hati membuatkan dia memilih untuk terus berjalan meniti garis kehidupan yang telah tertulis untuknya.

Pertemuan demi pertemuan dengan seseorang membuka lembaran baru yang tidak pernah dia jangka. Dua hati yang pernah berjanji untuk terus berjuang membawa sebuah kisah yang perlahan-lahan menyatukan mereka.

"Awak sudi nak jaga abi saya kalau saya meninggal dulu suatu hari nanti?" - Warda Sumayyah

Hadirnya seseorang membawa sinar yang tidak pernah dia jangka. Sebuah harapan bahawa bahagia itu juga mungkin miliknya. Ikhlasnya sederhana dan sebuah bukti bahawa bertahan itu lebih indah apabila dilakukan bersama insan yang tepat.

"Mungkin aku tak sempurna seperti lelaki lain, tapi aku ikhlas untuk berada di sisi kau, walau apa pun yang akan terjadi nanti." - Muhammad Sulaiman

Perjalanan hidup mereka tidak pernah mudah. Luka demi luka datang tanpa belas, memaksa mereka belajar tentang menerima, tentang kehilangan dan tentang mencintai dalam diam yang penuh keikhlasan.

Namun, tidak semua hati mampu bertahan. Apabila harapan semakin pudar. Sulaiman hampir memilih untuk menyerah.

"Jangan fikir tentang kematian lagi, Sulaiman... Tolonglah, jangan kalah lagi." - Hilal

Namun, takdir tidak pernah bertanya sebelum merampas. Janji yang lahir daripada keikhlasan, mula retak apabila kehilangan menjadi kenyataan. Apabila cinta diuji dengan perpisahan, dan kesetiaan diuji dengan penderitaan.

Jika bahagia itu hanya sebuah titik kecil dalam lautan luka, mampukah mereka bertahan? Atau titik bahagia itu akan hilang sebelum sempat dirasakan?

"Sampai bertemu di titik takdir terbaik menurut Allah."