To Do List Formula: Panduan Tanpa Tekanan Untuk Mencipta Senarai Tugasan Harian Yang Berkesan! (Edisi Bahasa Melayu)

Available for pickup at
MPH TRX
Usually ready in 2-4 days

MPH Bookstores @ The Exchange TRX
L2.28-29.A, Level 2
55188 Kuala Lumpur KUL
Malaysia

+60386047880

RM30.00
Product Details
PublisherAcepremierPublication DateFormat PaperbackWeight 420 gNo. of Pages 96
Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Adakah anda sering berasa kecewa kerana tidak mampu menyelesaikan semua tugasan dalam senarai tugasan harian anda? Adakah anda berasa putus asa kerana tidak dapat menguruskan tanggungjawab di tempat kerja dan di rumah dengan berkesan?


Jika ya, ini bukan salah anda.


Jutaan orang telah menggunakan senarai tugasan yang sebenarnya menghalang kejayaan mereka. Tidak kira betapa keras usaha mereka, senarai itu hanya meninggalkan deretan tugasan yang belum selesai di penghujung hari.


Anda mungkin pernah mengalami situasi yang sama. Jika cara anda membuat senarai tugasan seperti kebanyakan orang lain, kemungkinan besar senarai anda itu tidak berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Akibatnya, anda mungkin berasa kecewa dan hilang semangat.


Namun begitu, terdapat satu berita baiknya iaitu anda akan menjumpai jalan penyelesaian yang mudah. Ia bergantung pada pendekatan yang dirancang khusus untuk membantu anda menyusun, mengurus, dan menyelesaikan setiap tugasan dan tanggungjawab anda dengan efisien.


Pendekatan ini diterangkan dengan lengkap dalam buku Formula Senarai Tugasan Harian Panduan Tanpa Tekanan Untuk Mencipta Senarai Tugasan Harian Yang Berkesan! Buku ini adalah panduan terbaik yang anda perlukan untuk mencipta sistem pengurusan tugasan peribadi yang berkesan.


Senarai Tugasan dan Pengurusan Kerja Peribadi Menjadi Lebih Mudah!


Melalui To-Do List Formula, anda akan mempelajari:

• 8 Sebab Mengapa Anda Gagal Menyelesaikan Senarai Tugasan Harian

• 10 Sistem Senarai Tugasan Paling Popular (Dan Sebab Ia Tidak Berkesan)

• Langkah Demi Langkah Untuk Mencipta Senarai Tugasan Yang Sempurna

• Cara Mengekalkan Sistem Senarai Tugasan Anda Dengan Lancar

• Kelebihan dan Kekurangan Senarai Tugasan Secara Bertulis vs. Atas Talian

• Cara Menggabungkan Senarai Tugasan Dengan Kalendar Anda


Itu hanyalah gambaran umum tentang apa yang terkandung dalam Formula Senarai Tugasan Harian Panduan Tanpa Tekanan Untuk Mencipta Senarai Tugasan Harian Yang Berkesan!

Klik pada gambar kulit buku untuk melihat keseluruhan kandungannya. Buku ini disusun secara strategik agar anda dapat melompat ke bahagian tertentu yang menarik perhatian anda pada bila-bila masa.


Jika anda sudah bosan dengan senarai tugasan yang sering mengecewakan, inilah masanya untuk anda melakukan perubahan positif. Pelajari strategi yang betul dan nikmati produktiviti yang lebih tinggi, tekanan yang berkurangan, serta lebih banyak masa lapang

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)