Tolong Jadi Pengantin Saya

ISBN: 9789673652266
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,

Amar Tafhim dan Mayamin Nur, Kali pertama bersua muka mereka sudah bertekak. Mana tidaknya, kedua-duanya mempunyai tingkah yang berbeza. Kerana dipaksa, mereka berkenalan juga walau masing-masing tiada hati mahu duduk semeja.

“Kenapa? Dah nama pun nak berkenalan kan, mestilah kena tanya nama, tempat kerja, tempat tinggal. Awak jugak yang suruh saya tanya tadi,” tukas Amar mula berangin. Banyak songeh betullah minah murai ni. Dua jam duduk dengan dia, mulut dia aje yang berpot-pet tak berhenti-henti. Tak tahu lenguh langsung! Mulut orang ke mulut jin pun tak tahulah! Suka bercakap sungguh!

“Yalah tapi awak tu, tanyalah soalan-soalan yang mencabar sikit. Ini soalan macam tu, budak tadika pun boleh tanya!” Mayamin tak mahu kalah.

Bosan bergaduh setiap kali berjumpa, Amar dan Mayamin akhirnya sepakat mahu berkawan biasa. Namun lain jadinya bila tiba-tiba Nadia datang mengganggu hidup bahagia Amar. Demi melarikan diri daripada gangguan bekas kekasihnya itu, Amar sanggup mengupah Mayamin untuk menjadi kekasih palsunya.

“Kalau awak tak nak sekalipun, famili kita dah anggap kita couple sekarang. Sekurang-kurangnya, bila kita berlakon jadi pasangan kekasih, kita dah selamat daripada tekanan famili kita, bukan? Cuma untuk kali ni, saya harap sangat awak setuju Maya. Awak cakap aje berapa harga awak nak asalkan awak sanggup berlakon jadi kekasih saya.”

“Amboi, siap nak bayar lagi. Apa? Awak ingat saya ni baju kat butik ke? Boleh disewa bila-bila masa yang awak suka? Saya bukannya mata duitan macam yang awak fikirlah. Kalau saya nak tolong orang, saya tolong dengan ikhlas tau!”

Pening kepala mereka bila keluarga pula sudah menyangka, mereka benar-benar bercinta. Bertambah parah bila mereka ditunangkan tanpa rela. Aduh...macam mana nak ada cinta kalau seorang begitu, seorang begini? Sudahnya, Mayamin dan Amar reda. Tapi, mampukah Nadia yang masih mencintai Amar melihat saja kedua-duanya menganyam bahagia saat dia sedang menderita? Amar dan Mayamin pula, dapatkah menerima antara satu sama lain sedangkan mereka seperti langit dan bumi. Biar berada dalam dunia namun tetap berbeza...

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)