Tolong Sempurnakan Cerita Mami (Novel Diadaptasi ke Drama)
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 410 g
No. of Pages, 528
Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan ‘Aun Adwa'. Dia tidak pernah membayangkan yang suatu hari nanti, apabila dia terjaga daripada tidur, mami dan papanya akan berpisah. Pada mulanya, Addie tak kesah. Nak buat macam mana, jodoh tak ada. Tapi...Setelah hampir enam bulan Addie terpaksa berpindah-randah macam orang nomad...Dia mula naik angin!
“Alamakkk...Addie tertinggal buku BM kat rumah mami!”
“Kan papa kata, sebelum pergi, tengoklah habis-habis.”
“Aduhhh...Mami, baju sukan kat rumah papa!”
“Clumsylah you...Sekarang mami dah kena buat dua kerja! Mami kena pi meeting ni, urgent pula! Pakai baju kosong sudahlah, cakap kat cikgu baju sukan tak dan kering!”
Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya terjun ke gaung. Mami dan papa memang tidak boleh bersama lagi. Tanda tanya Addie mula timbul apabila Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku, muncul dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia. Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku. Masalahnya, pelbagai rancangan yang Addie, papa dan Cikgu Ku buat untuk cuba menyatukan mami dengan Cikgu Ku...
Mami tak layan sehinggalah papa terpaksa menggunakan cara terakhir yang membongkar satu rahsia.
“Papa nak suruh mami kahwin dengan Uncle Haha sebab papa dah nak mati ke? Tell me this is wrong papa! Tell me this is all wrong!!!”
“This is the truth, princess...” Teori Mikaela, kawan baik Addie mengatakan yang papanya itu sakit dan sanggup membuat rancangan yang pelik-pelik, ternyata betul. Masalahnya...Mampukah Addie sempurnakan cerita maminya dengan orang lain selain papanya sendiri? Mahukah mami sempurnakan ceritanya seperti kehendak Addie? Atau mami lebih mementingkan hatinya sendiri?