Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
Publisher,PTS Islamika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
TDMHE mengupas hampir kesemua persoalan itu, berdasarkan pengalaman peribadi seorang hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan (takut dikatakan riyak, sombong dan angkuh) benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati. -Norhayati binti Ramlee, Wartawan MIDI.
Aturan ayat dan frasa kata yang mudah, tetapi menyentuh dan terkesan adalah jalinan cerita persis teguran sayang dan ajakan kasih kepada pembaca yang betul-betul tulus berfikir dan mengambil iktibar. -Che Zuina Ismail, Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Johor.
Penceritaan bersahaja yang disampaikan secara tidak langsung mencabar minda kita supaya bersama-sama menyumbang dalam usaha meneguhkan lagi kefahaman berhubung Islam di mana juga kita berada. -Imran Abdullah, Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Paris, Perancis.