Tuan CEO Kgdotcom
Author: Gee Azeez
ISBN: 9789838220125
Checking local availability
Title
RM25.00
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 526
Garang, mulut puaka dan anti perempuan: memang itulah trademark Tuan CEO kampung dot com tu. Bukan lelaki yang romantik, bukan lelaki macho, hidupnya hanya berteman kambing dan lembu. Bagi Wahyudeen, mendodoi kambing dan lembu lebih baik dari mendodoi perempuan. . Sehinggalah kedatangan seorang gadis telah memporak perandakan hatinya yang keras macam batu bata. . “Kau perempuan kan?”-WAHYUDEEN “Ya. Betul. Saya memang perempuan.”-IMAN FAIRUS “Iman Fairus tu nama lelaki kan? Yang datang hari ni perempuan pula. Kau pergi telefon Iman Fairus sekarang.”-WAHYUDEEN . IMAN FAIRUS, cuba hadam dan telan dengan perangai tegas tak bertempat Wahyudeen. . “Kuat perasanlah tuan ni. Saya pun tak suka tuan. Tuan kerek!” – IMAN FAIRUS “Kerek tu apa? Kau kutuk aku ke?” WAHYUDEEN “Bukan kutuk, tapi puji. Kerek tu nama sejenis kuih.” - IMAN FAIRUS . Kerana rasa bencinya pada perempuan, Wahyudeen telah menyeksa hati Iman Fairus dengan kata-kata dan makian yang kadang-kala membuat hati gadis itu terluka… Sehinggalah peristiwa malam itu merubah segalanya . “Saya nak Tuan Wahyudeen batalkan hasrat untuk kahwin dengan saya.”- IMAN FAIRUS “No. Aku tetap dengan keputusan aku!”- WAHYUDEEN . Diam-diam, mereka mencuba untuk jatuh cinta. Saat hati mula berbunga, timbul pulak konflik ala-ala melodrama yang membuatkan mereka hampir terpisah. . Mungkinkah bahagia Iman Fairus ada pada Wahyudeen? Ataupun liku perjalanan mereka terhenti di antara garisan yang tak pasti…