Tuhan, Pelihara Anakku: Rahsia 8 Ayat Daripada Surah Luqman
Publisher,Paradigma Ibrah Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 233
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / QURAN/TAFSIR & HADIS
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Ucapan yang baik bukanlah ucapan yang panjang berjela-jela. Memadailah ia ringkas, namun padat dengan makna. Pesan ringkas itu pula mencakupi segenap aspek keperluan hidup seorang manusia. Inilah keunikan wasiat Luqman r.a. yang dirakamkan al-Quran sejak 1400 tahun lepas dan akan kekal hingga hari kiamat.
Pendeknya wasiat Luqman yang terdiri daripada 8 ayat sahaja bukan sekadar memudahkan hafazan, tetapi membenarkan wujudnya ruang berfikir dan merenung yang panjang menerusi kalimah-kalimah yang disebut oleh Luqman. Ucapan yang ringkas namun sarat dengan hikmah lebih baik daripada ucapan panjang berjela-jela namun tidak mengandungi apa-apa makna.