Tuhan...Rahmat-Mu Kuharapkan
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Sesungguhnya kehidupan kita di dunia hanya sementara dan sekejap sahaja. Dunia ibarat tempat persinggahan. Laksana kapal yang singgah sementara di pelabuhan buat mencari bekal menuju ke negeri abadi...
Justeru, peluang yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT untuk hidup di dunia perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan melakukan kebaikan selari dengan perintah-Nya. Kita ada misi yang perlu diselesaikan sebelum tiba saat kita dijemput kembali kepada-Nya. Sebanyak mana pun amalan yang kita lakukan, hakikatnya hanya dengan RAHMAT ALLAH SWT sahaja yang dapat melayakkan kita menikmati kehidupan yang abadi di sana.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada ALLAH.” (Hadis riwayat Muslim). Untuk mencapai RAHMAT ALLAH SWT, kita dambakan panduan Ilahi. ALLAH SWT telah menjelaskan kepada kita, antara punca dekatnya RAHMAT ALLAH SWT kepada kita ialah dengan melakukan amal kebaikan dan sentiasa memperbaikinya. Firman ALLAH SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sesungguhnya rahmat ALLAH itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.” (Surah al-A'raf: 56). Ayuh kita tingkatkan amalan, kita mohon panduan daripada-Nya untuk menggapai RAHMAT-Nya.
TUHAN…Rahmat-MU Kuharapkan menghimpunkan lima puluh artikel yang meliputi tajuk berkenaan hubungan kita dengan ALLAH SWT, hubungan kita dengan Rasulullah SAW, dan hubungan kita dengan sesama manusia. Kesemua artikel ini mengupas tajuk-tajuk yang dekat dengan kehidupan seharian kita. Setiap perkongsian dibincangkan secara santai namun memerlukan perhatian yang serius agar ia dapat mengingatkan diri betapa perlunya menjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, kita amat mengharapkan RAHMAT daripada Allah SWT. Mudah-mudahan setiap amal kebaikan yang kita lakukan dengan mengambil kira hubungan kita dengan ALLAH SWT, Rasul-Nya dan sesama manusia, kesemuanya bakal membuka pintu RAHMAT Tuhan yang seluas-luasnya buat kita semua. Amin…
Oleh itu, jangan ketinggalan mendapatkannya agar anda dapat menghayati mutiara-mutiara berharga yang terkandung di dalamnya.