Tuhan Tak Pernah Pergi
Publisher,Naseehat Holding
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Hari kita tidak akan selalu indah, langit akan kelabu dan hujan turun mencurah-curah. Ada waktu, hidup kita akan terasa sunyi daripada bunyi-bunyi yang menghiburkan hati. Hanya kita sendiri, berjuang untuk bertahan dan bahagia lagi.
Begitulah dunia.
Ada hari yang menyakiti, akan ada manusia datang dan pergi, akan ada usaha yang gagal lagi, akan ada harapan yang hancur, keinginan yang lebur.
Namun, di sebalik segala rasa yang tidak enak untuk ditelan ini, ada satu yang tetap di sini, tidak menyakiti dan tidak pergi iaitu Allah.
Dialah Tuhan yang tak pernah pergi. Dialah yang satu-satunya tetap bersama ketika dunia sedang tidak berpihak kepada kita. Dialah yang ada menjadikan keributan yang melanda itu akhirnya baik-baik saja.