Tumbuk Rusuk: Pengkisahan dari Tirai Besi

ISBN: 9789671356043
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,Akademi Rantau Anjung Nusantara
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 334

Tumbuk Rusuk adalah kiasan halus bagi perbuatan memberi rasuah. Demikian berseni orang kita dalam mengolah perbuatan jelek sehingga menjadi sebuah peribahasa. Mungkin ini satu petanda bahawa budaya rasuah ini sudah sekian lama berakar dalam masyarakat sehingga terbit istilah yang dibuat secara berkias. Zaman berubah namun sikap dan tabiat buruk kekal membusuk, kita hanya mengetahui kesalahan rasuah ini melalui dada akhbar, media sosial atau penghakiman di mahkamah, sungguhpun demikian tidak ramai yang memahami latarbelakang dan susur galur perbuatan ini terjadi - asal punca sehingga menjadi budaya yang bejat.

Ini bukan sekadar kisah benar malah ditulis dari hati, penuh drama dan ibrah. Tidak semua faham dan tahu bahawa rasuah itu suatu yang jijik dan keji. Apa lagi melaluinya, yang dirasai mungkin kenikmatan sementara tetapi penyesalan yang berkekalan. Hanya setelah dibongkar akan segala sisi buruknya barulah ia membuka mata yang selama ini dianggap kenikmatan sebenarnya adalah kesengsaraan. Ia bukan cerita rekaan mahupun mitos, ia adalah kisah benar yang dinukilkan dengan penuh keinsafan.

Kini kisah dah pengalaman dibukukan, ditulis dengan gaya bahasa yang kemas berbaur penulisan sebuah kehakiman. Maklum saja penulis telah bergelut lama dalam bidang perundangan. Pengalaman terpenjara di dalam tembok batu tidak menghilangkan jiwa dan seni penulisan seorang ahli perundangan. 

Membaca buku ini akan membuka dimensi baru bahawa segalanya adalah sementara, terjebak dengan ‘Tumbuk Rusuk’ adalah sebuah kesengsaraan perit yang perlu diperbetulkan. Buat diri penulis ia adalah ‘dosa’, dalam masa yang sama adalah penawar buat menyembuh luka serta memulihkan penyakit.