Tun Abdullah Ayub: Riwayat Seorang Pentadbir

ISBN: 9789835209727
Checking local availability
RM180.00
Product Details

Publisher,UTM Press
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 420 g
No. of Pages,

"Tim Abdullah Ayub: Riwayat Seorang Pentadbir" menyusur perjalanan hidup seorang anak kampung bernama Abdullah Ayub yang menempuh pelbagai rentas zaman; zaman pemerintahan Inggeris, zaman pendudukan Jepun, zaman mencapai kemerdekaan dan zaman mengisi erti kemerdekaan. Semasa kecil, semasa alam persekolahan dan pengajian, semasa menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik hingga selepas bersara, Abdullah ternyata amat cemerlang. Atas kecemerlangan ini, beliau dua kali melangkau kelas, menjadi Ketua API cawangan Dinding, menjadi Presiden GPMS, menjadi Setiausaha The Malay Forum, menerima anugerah Queen's Scholarship, menjadi Setiausaha Sulit kepada Tunku Abdul Rahman, berkhidmat dengan tiga Perdana Menteri dan menjawat jawatan penting dalam perkhidmatan awam, iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan akhir sekali Ketua Setiausaha Negara.

Buku ini sesuai dibaca semua golongan masyarakat, khusus para penjawat perkhidmatan awam, para penyelidik, mahasiswa, dan pelajar dengan matlamat dicontohi dan menjadi pemangkin dalam memupuk sikap dedikasi, bertanggungjawab, beritegriti, dan patriotik demi berkorban dan berbakti untuk negara, agama dan bangsa.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)