Dalam PRU12, 'perubahan' menjadi agenda yang dijaja olah Pakatan Rakyat. Selepas pilihan raya, Barisan Nasional juga bercakap soal perubahan. Sekarang, rakyat mula bertanya apakah yang telah berubah? Apa yang ketara ialah politik Malaysia masih penuh pertentangan. Potilik kita masih lagi politik menang-kalah dan politik hitam-putih. Politik muafakat belum kelihatan.