Tuntutan Filipina Ke Atas Borneo Utara
Publisher,Penerbit UKM
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada September 1963 tidak dapat menerima oleh Filipina yang menganggap Sabah sebahagian daripada wilayahnya. Penyertaan Sabah adalah atas pilihan rakyatnya yang diperakui oleh Setiausaha Agung Perutbuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sabah bukan sahaja menjadi tuntutan Filipina tetapi juga oleh waris Sultan Sulu semenjak sebelum Perang Dunia Kedua. Pada 1961 isu ini bangkit semula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia yang termasuk Borneo Utara. Kerajaan Filipina dibawah kempipinan Macapagal mempersoalkan kesasihan hak milik British ke atas Borneo Utara pada 22 Jun 1962. Malah, pada Oktober dan November 1962 Macapagal membawa kes tuntutan ini ke PBB dan kemudian berbaik dengan Soekarno serta Azahari (pemimpin Parti Rakyat Brunei) untuk menentang pembentukan Malaysia. Satu Sidang Kemuncak diadakan di Manila pada akhir Julai 1963 oleh Tunku Abdul Rahman, Soekarno dan Macapagal untuk menyelesaikan pertikaian tentang pembentukan Malaysia dan kes Borneo Utara. Kerajaan Filipina dan Indonesia bersetuju untuk menyokong pembentukan Malaysia sekiranya terbukti mendapat sokongan penduduk terbabit dan disahkan oleh PBB. Persetujuan dicapai pada 9 Julai 1963 antara kerajaan British dan Tanah Melayu tentang penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walaupun hubungan Malaysia dengan Filipina telah pulih, teteapi Kerajaan Filipina masih belum menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.
NIK ANUAR NIK MAHMUD, Ph. D., Profesor bidang Sejarah. Kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 (1999), Konfrontasi Malaysia-Indonesia (200) dan Pulau Ligitan: Isu Sempadan dan Kedaulatan juga diterbitkan oleh Penerbit UKM.