Twist The Truth

ISBN: 9789838223898
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / MISTERI/THRILLER

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Api menyambar tanpa amaran, liar, panas, dan memusnahkan.  Cahaya menembusi kegelapan, membuka jalan di tengah bahaya yang mengintai. Apabila kedua-duanya bertembung, percikan tercetus lalu mengheret mereka ke wilayah yang tidak sepatutnya disentuh.

 

Fayren Ludovico membesar sebagai satu-satunya pewaris yang terselamat selepas keluarganya dibunuh. Hidup tanpa nama dan tanpa kepercayaan terhadap sesiapa, dia membina reputasi sebagai “Dragon”, lelaki misteri yang digeruni ramai. Keberaniannyammenarik perhatian Andrea Morris, gadis yang membesar dalam dunia mafia yang

penuh aturan dan perlindungan. Satu pertemuan yang tidak dirancang akhirnya mengikat mereka pada sesuatu yang jauh lebih berbahaya.

 

“Kau berdua terlalu mudah dibaca. Satu takut kehilangan. Satu lagi takut ditinggalkan.” — Victor Harren

 

Demi dia, seseorang mula menyembunyikan kebenaran daripada darah daging sendiri. Demi dia juga, seseorang memilih untuk pergi, meninggalkan satu-satunya sebab untuk terus hidup.

 

Lima tahun kemudian, mereka bertemu semula. Cinta yang pernah wujud di antara mereka kini berubah menjadi sesuatu yang lebih gelap dan jauh lebih sukar untuk dilepaskan.

 

“Because as a Bryant, you still have a world that's standing...

mine already burned to the ground.”— Fayren

 

“I'd rather burn with you... than survive without you.”— Andrea

 

Apabila bayang lama kembali dari kegelapan, mereka sedar kebenaran bukan cahaya yang

menyelamatkan, tetapi bara yang menarik mereka kembali ke dalam api silam.

 

Jawapan yang selama ini dicari akhirnya semakin hampir untuk disentuh. Kebenaran itu… penyelamat atau hukuman?  

 

Bersediakah Fayren dan Andrea menghadapi segala rahsia yang terkubur tanpa menghancurkan diri sendiri?

 

Kadang-kadang, satu-satunya jalan ke hadapan ialah berpatah balik ke tempat yang pernah menghancurkan mereka.

 

“If the truth they twisted was meant to take you from me, then

I’ll become the lie that brings you back.”