Ubah Sedihmu Jadi Senyum
Publisher,Rimbunan Islamik Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Tetapi kawan, kita harus sedar kisah hidup adakala gembiara, adakala tidak. Boleh jadi juga bukan kisah hidup yang membuatkan kita terus muram, tetapi cara kita berfikir yang akhirnya sering membuatkan bibir kita "tipis" dan tidak "melengkung ke atas". Kita (mungkin) terlupa yang kita masih dapat berfikir dari sudut pandangan yang berbeza. Dari sisi lain, kadang-kadang hidup juga menempatkan kita dalam situasi yang sulit, walaupun kita tidak memilih berada di sana. Hal ini juga membuatkan kita muram. Bagaimanakah cara membuatkan bibir kita tetap tersenyum walaupun kita berada berada dalam keadaan yang rumit? Marilah kita lalui perjalanan menerusi buku ini. Semoga tidak ada lagi bibir yang berterusan muncung, lalu dengan pantas, tersenyum.
untuk senyum mudah. untuk memberikan satu senyuman yang ikhlas itu susah. sometimes there is a lot of stories behind smile it can be fake! its happen because of the BIG WHY question that always made up on my mind that lead to a problematics situation and we may feel sad! buku ini ibarat pendengar yang bagus serta memberi jawapan kepada setiap duka dan lara kita yang membuat kan kita murung dalam kehidupan seharian. banyak positif quote dalam buku ni yang boleh mengubah mindset kita k daripda negatif kepada positif! may your smile sweet as you 😊
Sebuah buku inspirasi yang sangat membina. Sesuai untuk bacaan semua golongan. Sarat dengan kata-kata nasihat, tip dan perkongsian positif penulis kepada pembaca. Semoga ilmu yang kita perolehi dapat membimbing kita menjadi seorang yang kuat, sabar dan bijak mengatur kehidupan. Jadi, senyumlah.. kerana senyum itu membahagiakan.
Ubah Sedihmu Jadi Senyum, sebuah buku motivasi yang dapat mengubah persepsi negatif menjadi positif. Sarat dengan kata-kata yang mampu mengubah cara pemikiran dan pandangan untuk menhadapi hari-hari yang mendatang.
Setiap org pasti melalui fasa2 sedih dlm hidup mereka..ape jua yg berlaku kehidupan harus diteruskan..buku ini mengandungi kata2 motivasi yg mampu menaikkan semangat kita semula..agar kita bangkit dari kesedihan dan senyum semula..
Setiap senyuman yg kita beri di saat hati kite terluka mampu membuat orang sekeliling bahgia.. Good motivate!