Umat Islam: Lain Dahulu Lain Sekarang
Publisher,Dakwah Corner Publisher
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 800 g
No. of Pages, 215
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / AGAMA - LAIN-LAIN
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang.”
Peribahasa Melayu ini tepat menggambarkan perjalanan sejarah umat Islam sehingga kini. Kebanyakan umat Islam sekarang hidup dalam kejahilan terhadap ajaran agama yang sebenar—khususnya ilmu akidah. Apabila pengajian al-Quran dan hadis mula di dedahkan kepada golongan awam masyarakat Islam beberapa dekad lalu, ramai menyedari hakikat pahit bahawa terdapat beberapa amalan dan kepercayaan tradisi mereka yang bercanggah dengan dua sumber asli itu.
Akidah merupakan sesuatu yang bersifat tersendiri: asasnya dalam hati dan masing-masing akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT tentang akidah serta ibadatnya nanti. Tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu seseorang itu jika dia meninggal dalam keadaan akidahnya rosak atau terbatal. Justeru, usaha pemulihan akidah tidak wajar dilengahkan lagi. Semoga Allah SWT merahmati usaha kita dalam memperelok dan memperkukuhkan akidah kita mengikuti manhaj yang sebenar. Mudah-mudahan juga, termasuklah kita ke dalam (satu-satunya) golongan yang diberi nikmat dan terselamat; bukannya golongan-golongan yang tersesat.