Ummahat Al-Mu'minin: Mengenali Para Isteri Rasulullah S.A.W.
ISBN: 9789671910009
Checking local availability
Title
RM35.00
Publisher,The Sunnah Press Sdn. Bhd.
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Ummahat al-Muʾminīn bermaksud para ibu bagi orang - orang mukmin, iaitu para wanita yang dinikahi Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم dan baginda “bersama” dengan mereka. Mereka ini digelar sebegitu berdasarkan ayat al-Qur’an: Nabi itu lebih berhak terhadap orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri [pada apa yang dia seru mereka ke arahnya, walaupun mereka cenderung kepada selainnya] dan isteri-isterinya merupakan ibu-ibu mereka. Surah Al Ahzab Ayat 6 Secara ringkasnya, arahan Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم lebih utama berbanding arahan manusia yang lain termasuklah ibu bapa dan orang mukmin. Seterusnya, mengapa para isteri baginda digelar sebagai ummahāt al-muʾminīn? Hal ini disebabkan ummahāt al- muʾminīn mempunyai hukum yang khusus, iaitu apabila baginda menikahi dan “bersama” dengan seseorang wanita itu dan kemudian baginda wafat, maka wanita tersebut tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki lain. Isteri nabi merupakan isteri baginda buat selama-lamanya hingga ke syurga. Buku ini menyenaraikan Isteri Isteri Nabi yang merupakan ibunda kita semua untuk dijadikan contoh bagi kita khususnya Wanita dizaman ini
M
MUNIRAH Wajiblah baca untuk pengetahuan kita mengenai para isteri Rasulullah. Selama ni hanya kenal nama Khadijah, Aisyah, tapi bila baca buku ni, masyaAllah banyak lagi nama yang kita kenal.
Tak kenal maka tak cinta, jadi cintai Rasulluah salah satu lorongnya bacalah buku ini..!