Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages,
Sumayyah seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia sering bertanya kepada umminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham mahupun keliru. Sumayyah keliru tentang aurat. Persoalan yang ingin dia tanyakan kepada umminya ialah: Apa itu aurat? Kenapa wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki? Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda Sumayyah.
Pilihan Staf:
Anak-anak memang tidak sunyi dari bertanyakan itu ini sehinggakan kita ketandusan idea untuk memberikan jawapan yang benar-benar mampu menjawab persoalan atau kemusykilan mereka. Apatah lagi jika persoalan itu berhubungkait dengan keagamaan. Jawapan yang diberikan haruslah tepat dan tidak bercanggah dengan lunas-lunas yang dipraktikkan dalam Islam. Buku ini dapat membantu para ibu bapa dan pendidik agar dapat menerangkan kepada anak-anak mengenai persoalan aurat dengan lebih harmoni lagi.