Untuk Kamu Yang Tak Pernah Dipeluk

ISBN: 9786299217930
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 353

"Dia tidak sedar, bahawa menjadi kuat dan menjadi kuat bersendirian, adalah dua perkara berbeza.”

Edelya – seorang ahli farmasi dan pemilik lima cawangan Pharmacy4U – amat bangga dengan bisnes yang dibinanya. Hidupnya terasa sempurna dengan kehadiran Sarah, zuriat yang dinanti bersama Zeyad selama sedekad.

Namun, kesempurnaan itu tidak lama. Apabila sebuah syarikat gergasi muncul sebagai pesaing, keuntungan mula merosot, malah orang kepercayaannya juga meletak jawatan!

Dalam kekusutan mencari jalan keluar, Edelya terasa semakin jauh daripada Sarah. Masa bersama semakin pendek, tidak lagi bermain mahupun menyuap Sarah makan. Semakin lama semakin dia tidak faham apa lagi yang Sarah mahukan!

Rasa bersalah mula menghimpit jiwa. Tekanan demi tekanan mendorong Edelya menghilang, mencari jawapan sendirian, sehingga Zeyad rasa diketepikan.

"Edelya, dalam setiap pilihan, ada harga yang perlu dibayar."

Kini, Edelya terperangkap. Adakah memilih kebahagiaan keluarga bermaksud melepaskan kerjaya? Atau mungkinkah dia terpaksa menjadi ibu yang tiada masa untuk anaknya, mengulangi semula kitaran yang dia sendiri benci?